"berat badan tak menjadi masalah, tetapi, bentuk badan yang menjadi masalah."
"nak gemuk senang, nak kurus punyalah susah"
ok, masalah, masalah dan masalah... tapi korang semua sedar tak???
"masalah datang dan masalah pergi"
so, aku nak share few things kepada semua-semua yang mungkin mempunyai masalah ini,
-dah cuba berdiet, tapi berat tak turun2 pun?
-susahnya nak diet!! makin naik adalah!! give up!
-badan dah kurus, tapi perut pulak buncit...
all above adalah masalah yang iman sendiri pernah hadapi.. korang sangat bertuah jika baca entry ni! sebab saya ada jalan penyelesaiannya!! hehehhehhehehehehehe!!!!!!
untuk mengatasi masalah333 tu semua, jom tengok apa amalan iman???
1. selepas makan, iman takkan mandi atau tidur
- ya, jangan mandi/tidur lepas makan sebab ianya akan membuat perut anda menjadi BUNCIT. seelok-eloknya, mandi/tidur dahulu sebelum makan.. jika tidak, tunggu sehingga 3jam selepas makan, anda bebas untuk mandi/tidur (gigih ye aku tahan mengantuk lepas makan)
2. iman tak minum air banyak/ makan buah lepas makan
- ya, jangan minum air terlalu banyak lepas makan atau makan buah, kerana boleh menjadi penyebab perut BUNCIT! oleh itu? minumlah air/ makanlah buah sebelum makan. minum sedikit sahaja air selepas makan sekadar mencuci mulut dan membasahi tekak...
3. iman selalu minum air limau suam jika makan makanan yang berat
- ya, order lah air limau suam jika makan di kedai makan atau selepas makan terlalu berat kerana ia mampu membuang lemak. mengapa suam? kerana ais tidak digalakkan selepas makan! (dah jadi air fevret aku dah)
4. iman suka buah prunes sunsweets!
- jadikan buah prunes jenama sunsweet ini teman setia anda! buahan ini kaya dengan serat, mampu melancarkan penghadaman dan sistem pembuangan anda! boleh buang toksin juga!
|
source: google |
5. iman suka minum horlic 3 in 1 lite!
- sarapan pagi, makanan malam?? ada fibre (serat) tambahan. low fat, 25% kurang gula dan amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet! mudah disediakan, serta mengenyangkan! (minum secawan pun aku dah kenyang)
|
source: google |
6. iman suka baca nutrition fact, ingredients pada label makanan
- semaklah apa ingredients yang terkandung, berapa banyak kandungan lemak, garam, gula dan kalori dalam setiap makanan yang diambil. anda pasti akan membuat pilihan yang bijak! ambil makanan yang paling kurang kandungan makanan yang boleh menggemukkan
7. iman senam juga sekali-sekala
- bersenamlah sekali-sekala jika anda tidak suka bersenam supaya badan kita sihat dan aktif. bersenam juga mampu memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman anda! (kadang2 aku berbasikal, berjogging, swimming dan menari!)
8. iman tidak kerap menimbang berat badannya
- janganlah kerap menimbang berat badan anda kerana jika anda sering menimbang berat anda, anda akan lemah semangat untuk berdiet dan akan merasakan diet yang dijalankan tidak berkesan apabila berat yang diingini tidak tercapai kerana berat anda mungkin tidak turun dalam masa yang begitu singkat. (aku selalu timbang 1-3 bulan sekali..ada juga mencecah smpai 5bulan sekali)
9. iman selalu memakai girdle
- ya, salah satu cara untuk mendapatkan pinggang yang ramping dan mengawal perut BUNCIT adalah dengan pemakaian girdle. girdle, mampu menahan perut anda daripada makan dengan banyak. malah, pemakaiannya yang konsisten juga mampu merampingkan pinggang anda! buatlah pilihan yang bijak apabila memilih girdle! dengan girdle, anda akan lebih yakin! (aku selalu pakai girdle. girdle aku semua sampai bawah dada (atas perut). antara girdle aku yang best adalah jenama sorella dan spanx)
|
SPANX by Sara Blakely |
sampai di sini sahaja tips aku. ingat, usaha tangga kejayaan! kalau ada lagi, aku akan share lagi! love! =)